Thursday, May 14, 2009

bukit manis

kisah yang diceritakan oleh Laisth Samarqandi, bahawa terdapat seorang nabi dari nabi-nabi Allah bermimpi. Mimpi itu mengarahkannya melakukan perjalanan ke utara pada keesokkan hari. Sewaktu dalam perjalanan tersebut mimpi itu mengarahkan 5 arahan iaitu :
1. Bahawa apa yang kamu jumpai maka makanlah;
2. Apa yang kamu dapati sembunyikan;
3. Apa yang datang, terimalah;
4. Jangan hampa harapan;
5. Kalau kamu jumpa, larilah jauh-jauh.

Pada siangnya, berjalan NabiyuLLAH itu ke arah utara, perkara pertama yang ditemuinya ialah bukit. Arahan menyuruh dia makan, dia terus menuju ke arah bukit, maka dekat, makin mengecil bukit tersebut, hinggalah mengecil menjadi sebuku roti, bila dimakannya amat manis seperti madu.
Seterusnya, beliau berjalan lagi sehingga menemui satu mangkuk emas, arahanya supaya dia sembunyikan, maka digali tanah itu dan disembunyikan mangkut tersebut didalamnya, tetapi mangkuk itu timbul dengan sendiri, ditanamnya lagi, timbul lagi hinggalah kali ke tiga. Lalu dia berlaku tanpa menghiraukan, sedangkan mangkuk itu masih lagi timbul.
Disambungnya lagi perjalanannya, tiba-tiba datang seekor pipit meminta perlindungan daripada NabiyuLLAH itu, kerana Helang sedang mengejarnya. Dimasukkan pipit itu ke dalam bajunya untuk melindunginya.
Selepas itu datang Helang menemui NabiyuLLAH tersebut, katanya dia sedang mengejar pipit yang memang makanannya, kata Helang itu dia amat lapar. NabiyuLLAH itu lalu menghiriskan sedikit daging pehanya dan memberikannya kepada Helang tersebut, berlalulah Helang kekenyangan.
NabiyuLLAh meneruskan perjalanannya lagi, sehingga menemui bangkai binatang yang amat busuk, arahannya menyuruhnya lari selaju mungkin, maka berlarilah NabiyuLLAH hingga sampai kembali ke rumahnya.
Keesokkan malamnya, datang lagi mimpi menjelaskan ke lima2 peristiwa yang dihadapinya.
Bukit itu ialah kemarahan, jika ditahan kemarahan maka ia umpama roti yang manis, sabar adalah suatu yang manis.
Mangkuk emas diibaratkan dengan kebaikan, walau disembunyikan kebaikan ALLAH pastikan akan menzahirkannya.
Burung pipit adalah amanah Allah, walau sekecil mana amanah yang diberikan, seseorang itu mesti menunaikan amanahnya.
Daging busuk umpama ghibah dan namimah, fitnah dan hasutan, jauhkanlah diri dari perangai tercela ini.
Semoga mendapat manafaat dan pengintibaran.

0 comments: