Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan
untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali
kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang
menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata
perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya
menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu
malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.
w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam
hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu
hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila
aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. "
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak
muda," balas ahli ibadah itu lagi.
4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu
bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab
ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama
sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."
5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari
tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan
yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3
hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli
ibadah tersebut.
6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur
itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang
amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba
sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah
golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan
di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah
matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua'lam..
1 comments:
sob3 insap dowh baca huhuhu
Post a Comment