Thursday, January 29, 2009

sebab malu melepas haku...uwaaaa..

“Cepat lah Kadir. Nanti terlepas lah.”

“Eh Mat boleh relaks tak? Kalau kau nak kau kejar lah sendiri. Kalau kau nak tolong angkat beg aku ni tak pe jugak!”

“Lembab betul kawan aku ni. Nak kata gemuk tak gemuk tapi jalan macam pompan!”

“Eh Dir mulut jaga sikit eh. Pompan punya pasal aku yang kau kutuk eh!”

Ah! Malas aku nak tunggu si Kadir. Nanti terlepas pulak tengok si dia tu. Semenjak aku terpandang wajah gadis itu, wajahnya tidak putus-putus bermain di kelopak mataku. Matanya yang besar macam goldfish tu, bibirnya yang merah macam cili dan bentuk badannya macam buah pear telah mencuit hati ku. Tapi aku tidak pernah berkesempatan untuk bersemuka dengannya. Bila aku hendak mendekatinya sahaja, basnya datang. Nak naik bas sama nanti aku yang lambat untuk pergi ke kerja. Sebenarnya aku takut bercampur malu nak bersemuka dengannya. Setakat senyum sahaja cukup lah untuk mengubati hati yang sedang dilamun cinta ini. Hai! Sampai bila Kadir kau nak jadi macam gini? Pengecut! Betul kata kawan aku si Kadir lembab tu. Kalau seorang lelaki itu pengecut, sampai tua pun tak kahwin. Aku bukan pengecut, tapi aku malulah. Tak apa, satu hari nanti aku pasti akan mendapat gadis itu. Tengoklah!

“Kau punya pasal aku tak dapat tengok dia lama-lama!” aku merungut.

“Siapa suruh kau tunggu aku. Ah besok boleh tengok dia lagi lah. Eh Kadir. Sampai bila kau nak main kejar-kejar macam gini. Get the ball rolling beb. Kau tunggu lama-lama nanti dia kena cekup dengan orang lain. Gigit jari kau!” Kadir cuba menasihati Rahmat yang sedang dilamun cinta itu.

“Aku bukan apa Dir. Aku seramlah. Kau bukan tak tahu aku ni takut perempuan. Lagipun dia tu jembu gila lah. Eh! Apa kata kau tolong aku.” Aku memberi saranan.

“Oh no way. Aku tak nak jadi orang tengah dalam novel percintaan kau. Silap silap langkah aku terkenan mampus kau! Come on be gentleman go for it mann!” Kadir menolak dengan kepalanya digeleng bertubi-tubi.

“Kawan apa kau ni! Sudahlah, tak boleh harap!”

“Eh! Kau punya masalah marah aku pula Merajuk lah tu. Nama aje lelaki tapi pengecut!”

Ah! Memang si Kadir tu tak faham keadaan aku. Dia bukan tak tahu aku ni tak pernah ngurat perempuan. Hairan, kenapa aku boleh terpikat dengan gadis ni. Di bus stop pula tu? Rahmat! Rahmat apa nak jadi dengan kau? Aku rasa dah masanya aku luahkan perasaan aku. No No No. Too fast.

Saban hari wajahnya sentiasa bermain di kelopok mataku. Di malam hari, mataku sukar ditutup kerana asyik melihat wajahnya dalam bayangan. Apabila aku menutup mataku, wajahnya sekali lagi bermain dalam kegelapan. Umurku sudah meningkat tetapi aku masih membujang. Teman-teman ku ramai yang sudah beranak-pinak. Entahlah, kenapa aku dilahirkan pengecut apabila bab mengurat perempuan. Mungkin aku takut cintaku tidak dibalas. Kalaulah ibuku masih hidup, mungkin aku tidak payah bersusah-payah mencari girlfriend. Pasti ibu akan carikan aku seorang isteri yang sesuai untuk aku. Aku pernah berpendapat bahawa nak cari wanita yang baik budi pekertinya agak sukar untuk zaman ini. Aku lihat ramai wanita sekarang semakin berani, garang, kasar, queen control dan macam-macam lagi jenis wanita yang berlainan sungguh dengan zaman dahulu. Silap-silap pilih, aku yang didedarnya.

Kalau aku tak kahwin pula, apabila aku tua kelak siapa nak jaga aku? Nak suruh aku pergi rumah tumpangan orang tua? Oh tidak! Aku mahukan anak-anak yang menjaga aku sampai aku kembali ke bumi. Isk. Bingung aku, bagaimana aku mahu cari calon isteri yang sesuai? Lagi dua tahun umurku menjejak angka 30. Wah tua tu. Tanpa ku sedari roh ku sudah melayang-layang meninggalkan jasadku untuk sementara waktu.

“Mat, dah empat bulan kau terkejar-kejar gadis pujaan kau tu tapi tak pernah kau nak cuba mendekatinya. Asyik pandang dari jauh aje macam mana nak dapat? Sampai tua kau buat kerja begini alamatnya kau kahwin sahaja dengan bayang-bayangnya sahaja.” Kadir semakin resah melihat perangai aku yang terlalu takut untuk berkenalan dengan gadis itu.

“Aku nak cuba tetapi ada sesuatu yang seperti menghalang aku untuk memulakan perbualan dengan gadis itu. Aku rasa macam diri aku tidak layak untuk berkenalan dengannya. Kau lihatlah, gadis itu cantik, ada kelas dan mesti kerja jawatan tinggi. Isk malulah aku. Tapi aku suka sangat pandang muka dia tu.”

“Rimas aku tengok kau, kalau kau asyik berasa rendah diri, macam mana kau nak jadi lelaki? Lelaki mesti ada keyakinan diri. Kau mesti ingat tuhan mencipta lelaki sebagai kaum yang lebih kuat daripada wanita. Lelakilah yang akan membimbing wanita. Lelaki diberi tanggungjawab untuk membimbing negeri, keluarga. Sedangkan Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam. Nah tengok tu betapa kuatnya dan pentingnya kaum lelaki. Kalau si gadis pujaan kau tu, aku rasa kau terlalu layak untuk dia. Rahmat, aku percaya kau akan berjaya mengurat gadis tu. Percayalah. Kalau kau tak dapat gadis tu potong ibu jari aku,” Kadir bersungguh-sungguh cuba memberi aku peransang.

Betul kata kawan aku satu tu. Emm. Aku rasa esok aku akan cuba menegurnya. Aku sudah bertekad dan cuba menghapuskan perasaan takut yang telah membiak dalam jiwaku.

Pada pagi itu aku keluar dari rumah lebih awal dari biasa. Aku mahu tunggu gadis itu di perhentian bas sebelum dia datang. Biasanya gadis itu sudahpun tunggu basnya pada jam 7.30 pagi. Pukul 7 pagi aku sudah pun menunggu di perhentian bas itu. Jarum panjang jam di tangan hampir bergerak ke angka enam. Hatiku mula berdegup dengan pantas. Perutku terasa seperti kupu-kupu sedang berterbangan di dalamnya. Dahiku dibasahi dengan peluh walaupun sudah beberapa kali aku mengelapnya dengan sapu tanganku. Mulutku bergerak-gerak, melatihkan diri bagaimana hendak berbual dengannya kelak. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 7.40 pagi. Bayang-banyangnya juga tidak kelihatan. Aku melihat kembali jam tangaku dan mengetuk-ngetuknya takut rosak.

“Kenapa tak muncul-muncul puteri impian satu ni?” Aku berbisik dalam hati sambil menjenguk-jengukkan kepala ku ke kiri, ke kanan, ke hadapan dan ke belakang.”

Tiba-tiba mataku terpandang dua bayang manusia sedang menuju ke arah perhentian bas. Aku memandang tajam dua manusia yang sedang bergurau senda dan semakin menghampiri perhentian bas. Rupa dan gaya gadis itu cukup ku kenali. Puteri Impianku itu sedang berjalan dengan seorang lelaki? Oh tidak! Tidak mungkin. Itu hanyalah bayangan gurauan? Wajah lelaki yang sedang berjalan di sebelah Puteri Impianku semakin jelas kelihatan. Mataku semakin ku besarkan seperti goldfish. Degupan jantungku semakin pantas. Hembusan nafas ku semakin kuat. Dadaku kelihatan turun naik seperti orang yang sedang nazak. Hidungku mengembang. Aku merasakan seperti asap terkeluar dari kedua-dua telingaku. Mukaku merah padam seperti cili merah yang masih muda.

Apabila aku merenung tajam ke arah lelaki itu, dia melemparkan senyuman yang cukup lebar sambil jarinya ditunjuk-tunjuk ke arahku. Puteri Impian ku di sebelahnya itu juga melemparkan senyuman yang cukup manis ke arahku. Aku menjadi hairan. Mereka seperti orang gila tersenyum-senyum ke arah aku.

“Orang sedang geram ada hati nak senyum-senyum!” Aku berbisik dalam hati yang sedang membara.

“Assalamualaikum!” Aku terdengar suara memberi salam sambil bahuku ditepuknya.

Aku tersentak lalu memandang ke arah suara itu.

“Termenung jauh nampak? Aku lihat kau dari jauh tadi terdiam sahaja. Aku ingat kau pengsan.” Kadir menyeloroh.

Aku mengelamun rupanya. Lega hati aku. Kalaulah perkara tadi benar, sudah ku bunuh kawan ku Kadir, yang ku lihat sedang berjalan di sebelah gadis itu dalam lamunanku tadi.

Tanpa disedari, jam di tanganku menunjukkan pukul 7.45 pagi. Mataku berkeliaran mencari gadis itu di perhentian bas.

“Kau cari siapa? Si dia? Dia dah naik bas di depan mata kau. Mat Jenin! Tu lah berangan lagi. Melepas lagi kau.” Kadir menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dua tahun telah berlalu, aku masih takut dan malu untuk bersemuka dengannya. Puteri Impianku yang bernama Rahimah itu sudah pun berkahwin dan hidup berbahagia dengan suaminya. Suaminya sungguh tampan dan segak. Aku tidak dapat bertanding dengan suami seperti itu. Tapi suaminya tak lain tak bukan, Kadir temanku. Bila pula si Kadir mengurat si Rahimah sedangkan aku hari-hari nampak Rahimah di perhentian Bas? Lain kali aku akan tunggu gadis lain di MRT pula. Tengoklah kali ini aku pasti berjaya.

Sunday, January 18, 2009

Kisah Orang Yang Takda Komputer Dan Email

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.
Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”

Wednesday, January 14, 2009

AYAM BAKAR









Bahan-Bahan A:

1. 3 camca besar minyak masak
2. Sedikit garam
3. 1 ekor ayam
4. 1 camca besar perahan limau nipis
5. 500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:

1. 8 biji cili merah
2. 2 batang serai
3. 1 cm kunyit
4. 8 biji bawang merah

Disangai dan ditumbuk:

1. 1 camca teh jintan putih
2. 1 camca teh lada hitam
3. 4 biji buah keras

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Angkat.
3. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam.
4. Letak ayam di dalam bekas tahan panas.
5. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam.
6. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak.
7. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.



Selamat mencuba!

perbualan 2 makhluk halus

>tekno_malaya2009: salamelekommm.....tuk tuk tuk

>tekno_malaya2009: asieh!...silap rumah plak...

>tekno_malaya2009: ader anjing rumah ni

>lembumekah: ws

>lembumekah: woiu

>lembumekah: mane ade bela anjing

>tekno_malaya2009: tu yg bunyi tadi tu

>tekno_malaya2009: bukan anjing ke?

>lembumekah: kambing la tu

>lembumekah: drpd jauh cam anjing

>tekno_malaya2009: oooo

>tekno_malaya2009: tak nampak plak tanduk dia

>tekno_malaya2009: ko potong ke?

>lembumekah: die mmg takde tanduk

>lembumekah: dah buang dah

>tekno_malaya2009: ooo

>tekno_malaya2009: ingat salah umah tadi

>tekno_malaya2009: sebab ader pelekat buda sini

>lembumekah: oh

>lembumekah: tu rumah lim boon seng la

>tekno_malaya2009: abis

>tekno_malaya2009: asal lekat kat umah ko ni

>lembumekah: aku lepak umah die la tadi

>lembumekah: main game

>tekno_malaya2009: ooo

>tekno_malaya2009: wa...sekarang aku dengan ko dah jadi artis

>tekno_malaya2009: apakah benar sama sekali dua

>lembumekah: gile ke

>lembumekah: bilenye aku jadi artis

>lembumekah: aku masuk skolah ade la

>tekno_malaya2009: ecehh....

>tekno_malaya2009: memalu plak

>lembumekah: la iye la

>lembumekah: bilenye jadi artis

>lembumekah: aku masuk skolah ade la

>tekno_malaya2009: ecehh....

>tekno_malaya2009: memalu plak

>lembumekah: la iye la

>lembumekah: bilenye jadi artis

>lembumekah: tapi skolah aku tu mmg ramai artis la

>tekno_malaya2009: yg masuk bintang RTM tu bukan ko ke?

>lembumekah: mak ai

>lembumekah: bilenye

>tekno_malaya2009: muke cam ko

>tekno_malaya2009: ingat ko

>tekno_malaya2009: tapi bila sebut nama

>tekno_malaya2009: kamarul zaman

>tekno_malaya2009: nama dia

>lembumekah: mak aih

>lembumekah: gile

>lembumekah: takde la aku masuk bintang rtm tu

>lembumekah: camne kau tau cam muke aku plak

>lembumekah: same ke?

>tekno_malaya2009: same la..

>tekno_malaya2009: sebab dia pegang gitar bass

>tekno_malaya200: ahaks!

>lembumekah: mak aih

>lembumekah: bintang rtm ade main bass ke

>tekno_malaya2009: ader la..

>tekno_malaya2009: sekarang baru punyer

>tekno_malaya2009: bawak lipan pun leh

>tekno_malaya2009: kalau ko pandai wat sarkes leh gak..

>tekno_malaya2009: sekarang tak kire nyanyi je

>tekno_malaya2009: ape bakat sekali pun

>tekno_malaya2009: semua leh

>tekno_malaya2009: kalau ko bleh bertuka menjadi slipar pun ok gak

>lembumekah: haha

>lembumekah: ye ke

>lembumekah: aku rase bintang rtm nyanyi je

>lembumekah: kau tipu aku ke jang

>lembumekah: dosa la

>tekno_malaya2009: laa..

>tekno_malaya2009: kalau aku tipu pun

>tekno_malaya2009: ko bukan tahu

>tekno_malaya2009: ko tak tahu kan?

>lembumekah: mmg tatau

>lembumekah: psl aku tak penah tgk cite tu

>tekno_malaya2009: dia bukan cite la..

>tekno_malaya2009: dia pasal bakat

>lembumekah: ye laa

>lembumekah: bakat ke sikat ke aku mmg tak penah tgk la jang

>lembumekah: sori la >

tekno_malaya2009: pegh

>tekno_malaya2009: cara cakap je

>tekno_malaya2009: dah berubah

>lembumekah: ye ke?

>tekno_malaya2009: sudah tidak ada unsur lucah

>lembumekah: ketara sgt?

>lembumekah: oh ye ke?

>tekno_malaya2009: bagus la sekolah ko tu

>lembumekah: hehe

>lembumekah: semakin sopan la

>lembumekah: baru aku tau

>tekno_malaya2009: bukan sopan je

>tekno_malaya2009: malahan santun sekali

>lembumekah: kalau kite rambut pendek..kite bleh jadik sopan

>lembumekah: aiseh

>tekno_malaya2009: oo

>tekno_malaya2009: camtu ek

>tekno_malaya2009: kene rambut pendek dulu

>lembumekah: ha tu la

>lembumekah: dulu rambut pjg kuang ajar skit

>tekno_malaya2009: baru kene jadi sopan

>tekno_malaya2009: oooo

>tekno_malaya2009: itu macam plak kajian ko ek

>lembumekah: camtu la

>lembumekah: itu teori pola petempatan tu

>tekno_malaya2009: oooo

>tekno_malaya2009: susah sabjek ni

>tekno_malaya2009: aku dulu nak amik gak

>tekno_malaya2009: tapi takut tak lulus

>lembumekah: ini elektif je

>lembumekah: tak wajib

>tekno_malaya2009: so...aku amik la kos kehidupan harmoni lelabi lelaki

>lembumekah: kalau nak amik asas tari barat pon bleh

>lembumekah: owh

>lembumekah: harmoni lelabi peringkat 3 pon ok gak jang

>lembumekah: ramai labi2 kat tempat aku amik kos tu

>tekno_malaya2009: yer ker..

>tekno_malaya2009: sekarang nak jumpe student camtu susah la

>lembumekah: dulu ok la >lembumekah: mase tu ekonomi mantap

>lembumekah: gula2 hacks pon sposen dpt 3 >tekno_malaya2001: ooo

>tekno_malaya2009: orang kate ramai dah berhijrah ke benua latin sekarang

>tekno_malaya2009: tu yg payah nak jumpe tu

>lembumekah: ramai la

>lembumekah: psl iklim sane pon ok la skang ni

>lembumekah: jualan album iklim pon meningkat

>tekno_malaya2009: tapi tengok gak konsep ape dia orang bawak

>tekno_malaya2009: kalau agogo

>tekno_malaya2009: aku ingat

>tekno_malaya2009: tak bleh blah la

>lembumekah: agogo ok la

>lembumekah: stendet syaitan la

>tekno_malaya2009: ko ingat senang ke nak wat muzik agogo

>tekno_malaya2009: nak kene guna penari silambam lagi

>lembumekah: takyah

>lembumekah: gamelan pon dah ok

>lembumekah: baru punye format

>tekno_malaya2009: mender tu?

>tekno_malaya2009: tak pernah dengar pun dalam radio

>lembumekah: tak kuar radio

>lembumekah: die tampal kat tiang letrek je

>tekno_malaya2009: patut aaa susah

>tekno_malaya2009: aku nak nengok papa iklan no toto

>tekno_malaya2009: sebab dia orang dah tampal kat tiang

>tekno_malaya2009: abis

>tekno_malaya2009: no toto

>tekno_malaya2009: nak tampal kat ner

>lembumekah: tampal kat tiang rumah la

>lembumekah: ape susah

>lembumekah: byk tiang lagi ade

>tekno_malaya2009: tapi sekarang susah

>tekno_malaya2009: sebab setiap tiang di jual berasingan

>lembumekah: biase la

>lembumekah: bandai mmg camtu

>lembumekah: power rangers pon dijual berasingan

>tekno_malaya2009: ader kaitan dengan die tak

>tekno_malaya2009: agak2 ko

>lembumekah: sape?

>tekno_malaya2009: die

>lembumekah: sape yg ade kaitan dgn die?

>tekno_malaya2009: aku nak blah ni

>tekno_malaya2009: die ajak minum plak

>tekno_malaya2009: abaikan je

>tekno_malaya2009: hahahah

>tekno_malaya2009: ok ek

>tekno_malaya2009 : dah lewat nak meliwat ni

>tekno_malaya2009: ok

>tekno_malaya2009: assalamualaikum

>tekno_malaya2009: nanti bebila kite chat lagi yer cik apis

>lembumekah: aisehhh

>lembumekah: jgn la liwat

>lembumekah: dosa la

>tekno_malaya2009: ok ok

>tekno_malaya2009: lawat la camni

>lembumekah: ok ok >lembumekah: ws

>tekno_malaya2009: papai

>tekno_malaya2009: islam lagi ko ni >tekno_malaya2001: bagus..

>lembumekah: boleh la

>lembumekah: babai >

Tuesday, January 13, 2009

"7 Pekara Ganjil"


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan
untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali
kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang
menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata
perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya
menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu
malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.
w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam
hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu
hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila
aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. "
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak
muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu
bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab
ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama
sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari
tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan
yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3
hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli
ibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur
itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang
amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba
sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah
golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan
di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah
matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.


Wallahua'lam..

menjaga hati

Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah pertanda
Cinta tak di sini lagi
Kau tlah berpaling

Reff:
Biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjaga, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
[ Menjaga Hati lyric found on www.lirik.tv ]
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meski ku lihat kini
Kau di seberang sana

Repeat Reff

Andai akhirnya
Kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri
Menjaga hati

Repeat Reff [3x]

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu